Kepada,
Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah
Tuan ,
KUTIPAN DATA PENERIMA PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2017
Dengan hormatnya perkara di atas
adalah dirujuk:
2. Sukacita
dimaklumkan, selaras dengan perkiraan yang digunakan oleh Kementerian Kewangan,
penerima PS1M bagi tahun 2017 adalah semua murid warganegara di sekolah Rendah
Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan
Nasional (PGK) terkini sahaja layak menerima bantuan.
3 Sehubungan
dengan itu, tuan dimohon mengemaskini data penerima PS1M mengikut pendapatan
isi rumah dibawah Paras Garis Kemiskinan
Nasional 2014 (PGK 2014) iaitu pendapatan ibubapa/penjaga sebanyak RM930.00 atau perkapita RM230.00
sebulan bagi tahun semasa.
4. Tuan
dimohon untuk muat turun borang
pengesahan Data Penerima RMT serta surat kebenaran PS1M untuk murid –murid yang
layak di bloghemperaktengah atau di portal PPD Perak Tengah
5. Data
penerima PS1M yang layak mengikut format
di lampiran PS1M hendaklah di hantar ke PPD Perak Tengah pada atau sebelum 8 Februari 2017 untuk perhatian En. Razmir bin
Ahmad Nordin Penyelia HEM PPD Perak tengah dalam
bentuk hard copy dan emailkan pada email ps1mperaktengah@gmail.com
6. Sebarang pertayaan sila berhubung
terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di
talian 05-3711273 / 019-5034371.
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
MUAT TURUN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan