Isnin, 8 Januari 2018

BIASISWA

Semua
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak
Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak

Tuan,
PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) BAGI TAHUN 2018
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2018 berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) dan Modul Prosedur Kerja (MPK) BKP yang sedang berkuatkuasa.
Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah memastikan maklumat murid yang layak memohon BKP dikemaskini dengan tepat dan lengkap di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada atau sebelum 14 Februari 2018.
Di harap pegawai PPD yang menguruskan biasiswa di daerah dapat memastikan semua sekolah selesai mengemaskini permohonan di dalam sistem sebelum tarikh yang ditetapkan.
Mohon muatturun dokumen di ruangan "Attachment" untuk tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Tiada ulasan: