Isnin, 8 Januari 2018

KESIHATAN

Kepada
Semua
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak

TINDAKAN PENCEGAHAN DENGGI PERINGKAT SEKOLAH SEBELUM BERMULANYA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018
Sukacita dimohon merujuk perkara di atas. Juga merujuk kepada surat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak bertarikh 22 Disenber 2017 dan 26 Disember 2017 adalah berkaitan.
Sehubungan dengan itu, tuan dimohon mengingatkan semua Pengetua dan Guru Besar agar mengambil langkah-langkah pencegahan denggi di sekolah masing-masing.
Bersama-sama ini disertakan surat KKM dan JKN untuk perhatian dan rujukan tuan. Tuan juga boleh merujuk Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah cetakam 2014 yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah.

Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanuisaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Tiada ulasan: