Selasa, 23 Januari 2018

KESIHATAN

Semua
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak.

MAKLUMAN PENGUATKUASAAN GARIS PANDUAN KAWALAN DAN PENGUATKUASAAN WABAK KERACUNAN MAKANAN
Sukacita dimaklumkan, Unit Inspektorat dan Perundangan dengan kerjasama Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan menguatkuasakan Garis Panduan Kawalan dan melaksanakan penguatkuasaan di bawah seksyen 13(1) Akta Makanan 1983 dimana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Sehubungan dengan itu, tuan dimohon memastikan semua premis kantin sekolah dan dapur asrama sentiasa berada dalam keadaan bersih. Manakala amalan kebersihan dalam kalangan murid serta pengendali makanan di kantin sekolah dan dapur asrama hendaklah diutamakan dan dipantau sepanjang masa. Penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah hendaklah mematuhi Garis Panduan Pemakanan Sihat.
Sila muat turun dokumen di ruangan "Attachment" untuk tindakan lanjut.
Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Attachments:
Download this file (KERACUNAN MAKANAN.pdf)KERACUNAN MAKANAN.pdf[ ]211 kB

Tiada ulasan: