Isnin, 8 Januari 2018

MODUL PENGURUSAN MURID

Kepada
Semua
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak

Tuan,
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM MODUL PENGURUSAN MURID (MPM) - 2018
Dengan hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Modul Pengurusan Murid (MPM) merupakan satu pangkalan data tunggal murid yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan data murid.
Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah memastikan semua maklumat dan data murid dikemaskini dan maklumat adalah tepat serta betul. Semua proses pengemaskinian ini perlu dilakukan pada atau sebelum 15 Januari 2018.
Pengetua / Guru Besar perlu mengesahkan data murid di dalam MPM.
Pegawai PPD dikehendaki memastikan semua sekolah di daerah tuan telah mengemaskini data dalam MPM mengikut tarikh yang ditetapkan.
Sila muatturun dokumen di ""Attachment" unruk tindakan lanjut.
Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Tiada ulasan: