Isnin, 8 Januari 2018

SSDM V2.0

Semua
Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak

Tuan,
VERIFIKASI KATA PENGGUNA DAN KATA LALUAN SISTEM SAHSIAH DIRI MURID V 2.0 2018
Dengan hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) merupakan salah satu medium bagi mengukur pencapaian sahsiah diri murid sepanjang sesi persekolahan. Sistem ini perlu diisi oleh semua guru mengikut kategori pengguna seperti yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, hasil semakan kami, berlaku pertukaran Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan/Guru Kanan Hal Ehwal Murid, Ketua Guru Disiplin dan Kaunselor di sekolah sepanjang tahun 2017. Pihak tuan adalah dimohon membuat verifikasi kata pengguna (Id) dan kata laluan (Pw) kepada pegawai meja. Semua proses pembetulan hanya boleh dilakukan melalui e-Operasi dan perlu diselesaikan sehingga 12 Januari 2018 sebelum disahkan oleh PPD.
Sila muatturun dokumen di ruangan "Attachment" untuk tindakan tuan seterusnya.
Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Attachments:
Download this file (SSDM 1_2018 001.jpg)SSDM 1_2018 001.jpg[ ]832 kB
Download this file (SSDM 2_2018 001.jpg)SSDM 2_2018 001.jpg[ ]928 kB

Tiada ulasan: