Selasa, 16 Januari 2018

SSDM

Semua
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak.

Tuan,
MEMPERKASAKAN DAN PEMANTAPAN PELAKSANAAN SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM) PERINGKAT NEGERI PERAK 2018
Dengan hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.
Adalah dimaklumkan pengisian dan pelaksanaan SSDM diperingkat sekolah-sekolah pada tahun 2017 tidak mencapai hasrat KPM . Untuk makluman tuan sistem ini boleh diakses di pelbagai peringkat seterusnya menjadi indikator kepada semua sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya menjadi baseline atau target kepada pencapaian sahsiah diri murid.
Sehubungan dengan itu,  bagi tujuan memperkasakan dan pemantapan SSDM, JPN Negeri Perak telah membuat ketetapan bahawa mulai 2018 semua surat hukuman, gantung dan buang sekolah adalah dari cetakan SSDM sahaja. Pihak JPN hanya akan menerima surat buang sekolah atau memproses rayuan kemasukan semula jika nama murid berkenaan terdapat dalam SSDM.
Mohon muat turun surat di ruangan "Attachment" untuk tindakan lanjut.

Sekian, terima kasih

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Attachments:
Download this file (SSDM 001.jpg)SSDM 001.jpg[ ]916 kB

Tiada ulasan: