Isnin, 15 Januari 2018

TAKLIMAT PENGELOLAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2018

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT PENGELOLAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH  MENENGAH DAN RENDAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  16 Januari, 2018 ( Selasa )
                        Tempat             :  Bilik Mesyuarat, SMK Sultan Muzafar Shah 1, Lambor                                                         Kanan.                
                        Masa                :  3.00 petang
                        Pengerusi        :  Pengetua  / Wakil
                        Pakaian            :  Rasmi

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum / Pengurus Mrentas Desa sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Zahadi Bin Sopian, Penyelia Sukan di talian 017-5442508 atau 05-3711273.


Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

Tiada ulasan: