Isnin, 19 Februari 2018

ASRAMA HARIAN


PENGETUA,
SEKOLAH – SEKOLAH ASRAMA HARIAN,
DAERAH PERAK TENGAH.

Tuan/Puan,


DATA TOV PEPERIKSAAN AWAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MURID ASRAMA HARIAN DAN PENARAFAN ASRAMA HARIAN (BAND ASRAMA) NEGERI PERAK TAHUN 2018 (KPI TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman,GPA peperiksaan SPM (TOV) dan peratus markah Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA) mengikut Standard merupakan satu daripada KPI dalam pelaksanaan Transformasi Asrama Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.         Sehubungan dengan itu, tuan dimohon untuk menghantar maklumat TOV bagi setiap sekolah Asrama Harian  menggunakan format yang boleh dimuat turun di di bawah dan Data perlu di email ke email asramaharianpet@gmail.com pada atau sebelum 23 Februari 2018.

4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid PPD Perak Tengah)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

muat turun di bawah

Tiada ulasan: