Selasa, 6 Februari 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK TAHUN 2018



 Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,


KEJOHANAN MERENTAS DESA  MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  9 hingga 10 Februari, 2018                   
                        Tempat             :  Taman Dr. Seenivasagam, Ipoh.
                        Penginapan      :  SMK Ulu Kinta, Ipoh.
            Masa Pendaftaran         :   3.00 petang
                       
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS Merentas Desa,
En.Mohd Shaswan Nizam Bin Sharudin  talian 017-5209057.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

Tiada ulasan: