Ahad, 25 Februari 2018

KEJOHANAN SQUASH MSS PERAK TAHUN 2018


Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KEJOHANAN SQUASH  MSS PERAK  TAHUN 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan diadakan seperti
ketetapan berikut:
                             Tarikh           :  27 Februari, 2018 ( Bawah 12 Tahun )
                                                   1  Mac, 2018 ( Bawah 18 Tahun )
                             Masa             :  8.00 pagi – 6.00 petang
                             Tempat         :  SMK Jelapang Jaya, Ipoh
                              
3.       Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada guru serta pelajar dari sekolah tuan yang terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut  pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.(Senarai nama seperti di lampiran )

4.       Makan dan minum disediakan sepanjang kejohanan berlangsung. Pegawai dibenarkan membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

 Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.



SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

SURAT KEJOHANAN SQUASH MSSPK 2018

Tiada ulasan: