Jumaat, 13 April 2018

KEJOHANAN BOLA SEPAK SEKOLAH RENDAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2018


Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,


KEJOHANAN BOLA SEPAK SEKOLAH RENDAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  17 hingga 18 April, 2018                       
                        Tempat             :  SK Changkat Lada 3
                        Masa                : 17 April  (8.30 pagi – 6.00 petang)
                                                  18 April ( 10.30 pagi – 5.00 petang)                
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.



SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

SURAT KEJOHANAN BOLASEPAK SEKOLAH RENDAH BWH 12 TAHUN MSSD 2018

SURAT LANTIKAN PEGAWAI KEJOHANAN BOLASEPAK BWH 12 TAHUN

Tiada ulasan: