Isnin, 9 April 2018

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA JARING ZON PKG KG GAJAH TAHUN 2018


Guru Besar,
Sekolah-sekolah Zon Kg. Gajah,

Tuan,

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA JARING ZON PKG KG GAJAH TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  9 April,  2018 
                        Tempat             :  Bilik Mesyuarat SK Raja Chulan
                        Masa                :  2.30 petang
                        Pengerusi        :  Guru Besar / Wakil
                        Pakaian            :  Rasmi

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum / Pengurus Bola Jaring sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Zahadi Bin Sopian, Penyelia Sukan di talian 017-5442508 atau 05-3711273.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


  SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

SURAT MESYUARAT BOLA JARING ZON KG GAJAH

Tiada ulasan: