Isnin, 2 April 2018

PS1M 2018


Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan ,

 

KUTIPAN DATA PENERIMA PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2017
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk 
2.         Sukacita dimaklumkan, beberapa penambahbaikan dilaksanakan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan PS1M 2018 yang dikeluarkan dimana pemberian PS1M kepada murid – murid dilaksanakan berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut.

2.1 Murid warganegara Malaysia.
2.2 Murid –murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah
      Rendah.
2.3 Murid-murid TIDAK tinggal di Asrama yang disediakan oleh pihak
      Kerajaan.
2.4 Murid – murid yang bersekolah di sekolah Kerajaan (SK), dan Sekolah  
      Bantuan Kerajaan (SABK).
2.5 Murid miskin dan miskin tegar dalam kalangan isi rumah berpendapatan
      di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional yang berkuatkuasa
      berdasarkan ketetapan yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi
      (EPU), Jabatan Perdana Menteri (Pendapatan Isi Rumah RM930
       sebulan dan perkapita RM230)
2.6 Semua murid-murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang kad
      Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja.
2.7 Semua murid di Sekolah Rendah Orang Asli yang TIDAK tinggal di
      asrama yang disediakan oleh Kerajaan; dan
2.8 Semua murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).


3          Sehubungan dengan itu, tuan dimohon menyediakan data penerima yang layak PS1M 2018 yang diambil dari Sistem APDM yang dikemaskini berakhir 30 mac 2018. Tuan hendaklah mengesahkan kutipan data dengan melengkapkan borang format Lampiran 1 – PS1M SEKOLAH yang boleh dimuat turun di laman bloghemperaktengah dan di portal PPD Perak Tengah. Borang tersebut perlulah di email ke ps1mperaktengah@gmail.com mengikut format excel dan satu Salinan yang telah disahkan beserta surat iringan ke PPD Perak Tengah untuk perhatian En. Razmir b. Ahmad Nordin Penyelia HEM PPD Perak Tengah pada atau sebelum 6 April 2018.
           
6.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 05-3711273 / 019-5034371.
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.



MUAT TURUN
Lampiran 1 – PS1M SEKOLAH

Tiada ulasan: