Biasiswa

JALINAN KOLABORATIF PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS GELIGA ANTARA KMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA (YPPB)

Dimaklumkan YPPB menawarkan Biasiswa Tunas Geliga kepada murid Bumiputera yang berkelayakan.

Permohonan biasiswa ini terbuka kepada murid Bumiputera Tahun 6. Permohonan dibuat secara atas talian di sesawang http://penerajuedu.com dari 7 September hingga 30 September 2014.

Mohon pihak sekolah membantu murid yang berminat untuk membuat permohonan.

Syarat :
      i.        Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
     ii.        Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan
    iii.        Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan
   iv.        Aktif dalam kokurikulum
    v.        Mempunyai bakat kepimpinan
   vi.        Bersedia ditempatkan di sekolah berasrama
  vii.        Bersedia untuk mengikuti semua aktiviti pembangunan murid sepanjang tempoh penajaan YPPB

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun bahan berkaitan :

Surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Borang Permohonan

Carta Alir

Lampiran 2

Senarai Semak


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

Pengurusan Biasiswa Tertanggung Tahun 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa proses pengemaskinian Murid Tertanggung Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) bermula dari 27 Januari 2014 hingga 28 Februari 2014. Mohon guru biasiswa mengemaskini maklumat murid penerima biasiswa tertanggung dengan segera.
Pautan ke aplikasi APB

3.  Guru kelas perlu mengemaskini maklumat murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk permohonan BKP dan BKPU Tahun 2014. Kegagalan mengemaskini maklumat murid dalam APDM akan menyebabkan murid di sekolah tuan gagal untuk memohon BKP dan BKPU Tahun 2014.

4.  Proses memasukkan data permohonan BKP/BKPU Tahun 2014 secara online ialah pada 5 – 11 Mei 2014. Bagi tingkatan  6 rendah, proses memasukkan data permohonan BKPU secara online Tahun 2014 ialah pada 7 – 13 Julai 2014.

5.  Sila muat turun bahan taklimat dan proses kerja di bawah. Sila bawa cetak bahan yang telah dimuat turun dan bawa bersama ketika sesi taklimat yang akan diberitahu kelak.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Semua Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Negeri Perak
Tuan,
MAKLUMAT BERKAITAN BIASISWA DALAM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)
Sukacita disertakan beberapa maklumat mengenai APB untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
1.Maklumat terkini permohonan biasiswa dalam APB
2.Senarai nama murid yang bertindih (duplicate) nombor k/p di APDM
3.Surat Keputusan Mesyuarat KPM – Kolej Vokasional dan markah PBS terkini
Maklumat berkenaan markah PBS yang telah dimasukkan ke dalam portal JPN sebelum ini dibatalkan.
Untuk keterangan lanjut, sila klik Attachments di bawah.
Sekian, terima kasih.
Download this file (MAKLUMAT APB.zip)MAKLUMAT BERKAITAN BIASISWA DALAM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semua,
PK/GK HEM,
Daerah Perak Tengah

MAKLUMAT UNTUK HEM DI PORTAL JABATAN

Perkara di atas dirujuk.

Mohon semua PK/GK HEM melayari porta jabatan untuk muat turun perkara seperti di bawah :
1. PELAKSANAAN SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS) DI BAWAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD) - SIMS(SPAD) TAHUN 2013
2. PELAKSANAAN eKEHADIRAN MELALUI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
3. PENGURUSAN BIASISWA 2013

Maklumat tambahan untuk sekolah menengah:
Aplikasi Sistem Biasiswa yang telah diterangkan di SK Iskandar Perdana tempoh hari belum boleh dikemaskini. Walaupun ada guru yang berjaya mengemaskini maklumat akademik dan kokurikulum tetapi semua maklumat tersebut akan dipadam pada 24 April 2013. Oleh itu para guru biasiswa jangan buat apa-apa perubahan pada sistem biasiswa. Hanya perlu mengemaskini maklumat murid dalam sistem APDM sahaja. Sistem biasiswa hanya boleh dikemaskini mengikt jadual yang telah ditetapkan(sila rujuk jadual). Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di nombor 0135159012

Tiada ulasan: