Rabu, 31 Disember 2014


Guru Besar / Pengetua

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

 

Tuan,

 

PENGISIAN MAKLUMAT BUKU TEKS DALAM SISTEM e-BULk

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.       Makluman kepada semua guru spbt untuk mengisi data buku lebih kurang dalam system e-BULK sesegera yang boleh

3.       Diharap pihak tuan / puan dapat mengisi data tersebut sebelum 02 Januari 2015.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian,


Razmir Ahmad Nordin
Penyelia HEM

makluman


Guru Besar / Pengetua

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

 

Tuan,


SUMBANGAN BANTUAN MANGSA BANJIR


Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan kepada semua warga pendidik yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir, boleh menyalurkan kepada unit HEM Daerah Perak Tengah.
3.          Sumbangan berbentuk kewangan dan barangan seperti buku-buku dan majalah-majalah adalah di alu-alukan.
4.          Segala sumbangan tuan/puan boleh diserahkan ke unit HEM atau disalurkan melalui akaun PSKPP Daerah Perak Tengah ( no. a/c 08090000467058 )
tolong sebarkan kepada badan-badan ngo dan individu yang lain. atau hubungi pegawai di talian   
012-2689704 ( En. Zahari bin Omar ) 012-4964969 ( En. Fairus b Abd Rahman )


Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,


unit HEM Perak Tengah

Jumaat, 19 Disember 2014




Guru Besar,

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

 

Tuan,


PESANAN TAMBAHAN BUKU ANTHOLOGY OF POEMS FOR YEARS 4,5,AND 6 TAHUN 2015.


Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.       Sukacitanya pesanan tersebut telah sampai dan dihantar ke bilik operasi spbt daerah.

3.       Diharap pihak tuan / puan dapat mengambil buku tersebut di : 

          Tempat         : SMK Seri Iskandar ( BOS Daerah )

          Masa            : 9.00 pagi – 12.tgh

          Tarikh           : 23 Disember 2014


Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

penyelia HEM,
Razmir Ahmad Nordin