Isnin, 29 Ogos 2016

PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (SMPK) DAN SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV) SECARA DALAM TALIAN BAGI KEMASUKAN 2017

Informasi Permohonan Murid Berkepeluan Khas Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Pendidikan Khas

Tips Ulangkaji Saat Akhir Sebelum Peperiksaan.

Peperiksaan Semua orang pernah menduduki peperiksaan. Tidak kira peperiksaan semasa di sekolah atau di universiti, setiap orang ada cara tersendiri untuk belajar. Ada yang belajar sejak awal. Ada yang belajar secara berkumpulan. Dan ada juga yang belajar di saat akhir sebelum peperiksaan. 


Memandangkan minggu ini bermulannya peperiksaan UPSR. Saya akan kongsikan tips ulangkaji di saat akhir sebelum peperiksaan. Tips ini in sha Allah boleh membantu anak-anak dalam mengulangkaji dengan berkesan.

1. Semak Jadual Peperiksaan.
Pertama sekali, semak jadual (highlightkan subjek yang akan dihadapi) anda untuk pastikan subjek yang mana akan dihadapi terlebih dahulu. Dari situ baru kita boleh ambil keputusan untuk ulangkaji subjek yang mana terlebih dahulu. Fokus subjek yang sukar agar dapat seimbang dengan subjek yang telah dikuasai.


2. Buat Latih Tubi
Lebihkan latihan berbanding membaca. Buat soalan tahun lepas dan re test (jawab semula) soalan-soalan Pra UPSR, Percubaan dan yang relevan. Atau buat mana-mana latihan di dalam buku latihan. Kemudian semak, mana-mana soalan yang tidak dapat jawab, di topik itulah anda perlu baca semula. Kemudian buat latihan semula. Biasakan diri dengan masa menjawab kertas soalan sebagai contoh masa menjawab 1 jam jadi set masa supaya selaras dengan masa peperiksaan. Hal ini membantu murid untuk pengurusan masa ketika peperiksaan sebenar.


3. Tetapkan matlamat ulangkaji

Setiap perkara perlu ada matlamatnya dan begitu juga dengan ulangkaji. Sebagai contoh, anda ulangkaji dari jam 8 malam hingga 10.00 malam, jadi tetapkan matlamat anda untuk faham sesuatu topik dalam masa tersebut. Kadang kala manusia lebih efektif di dalam keadaan tertekan. Tetapi pastikan matlamat tersebut adalah logik dan boleh dicapai.


4. Fahamkan subjek
Semasa ulangkaji di saat akhir, kefahaman adalah lebih penting daripada menghafal setiap ayat di dalam buku rujukan.


5. Masa rehat dan kesihatan adalah penting

Dalam kajian, setiap orang hanya dapat betul-betul fokus dalam sesuatu perkara dalam 30 minit pertama sahaja. Selepas masa tersebut, peratusan fokus akan semakin berkurangan. Bayangkan jika anda ulangkaji selama 5 jam berturut-turut tanpa masa rehat. Pastinya anda kurang fokus kerana otak anda telah penat. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh berehat pendek selama 5 hingga 10 minit setiap sejam. Atau anda boleh ulangkaji dengan nota ringkas sambil bergerak atau berjalan di sekitar bilik atau rumah anda. Banyakkan minum air mineral dan susun jadual beriadah sebab badan cergas otak cerdas.


6. Tulis dan Imaginasikan
Baca satu topik dan kemudian tulis mengikut kefahaman dan ayat anda sendiri. Anda juga boleh rangkakan dalam bentuk peta pemikiran yang mudah anda fahami.


7. Soal jawab dengan rakan
Kebaikannya adalah anda boleh berkongsi sesuatu yang anda baca dengan kawan anda. Dan dari situ anda dapat tahu topik mana yang anda tidak tahu. Sebagai contoh ada yang mengunakan kaedah guru muda yakni rakan2 membantu dengan cara mengajar apa yang dia kuasai. Secara tidak langsung kefahaman yang ada itu meningkat.

8. Jaga hubungan dengan Allah, Guru-guru dan rakan
Hendaklah murid-murid menjaga hubungan dengan ketiga-tiga ini kerana apabila usaha telah dilakukan dengan gigih disusuli dengan doa dan ibadah yang dilakukan. Semoga kejayaan milik kalian.

Kepada ibu bapa berikanlah sokongan dan bantuan kepada anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan. Doakan lah mereka menjadi anak yang baik dan cemerlang dalam akademik. 

Kepada guru-guru teruskan usaha membantu anak-anak murid berjaya. Tahniah dan terima kasih cikgu.

Jumaat, 26 Ogos 2016

TERKINI : Senarai Semak Pembugaran Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2016

Senarai Semak Pembugaran Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2016
(Status Sehingga 31 Julai 2016)

Sukacita dimaklumkan perkara seperti di atas.

2.   Mohon kerjasama kepada sekolah-sekolah yang disenaraikan di bawah agar dapat menghantar senarai semak pembugaran aktiviti PPDa ke PPD Perak Tengah secepat mungkin untuk dipanjangkan data tersebut ke Jabatan pada atau sebelum 26 Ogos 2016. Senarai semak boleh di Upload dari portal PPD.

Sekian, terima kasih.

Penolong PPD PPDa,
PPD Perak Tengah.

Sekolah Rendah.                                                              Sekolah Menengah.
1.   SK Sungai Galah                                                         1. SMK Sultan Muhammad Shah
2.   SK Simpang Tiga                                                        2. SMK Changkat Lada
3.   SK Pasir Gajah                                                            3. SABK Maahad Al Aziz
4.   SK Changkat Banjar                                                   4. SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah
5.   SK Sungai Ranggam                                                   5. SMK Seri Londang
6.   SK Selat Pulau
7.   SK Raja Chulan
8.   SK Pulau Tiga Kiri
9.   SK Toh Paduka Raja
10. SK Pulau Juar
11. SK Bandar Tua
12. SK Suak Padi
13. SK Bandar
14. SK Chenderung Kelubi
15. SJK(T) Ladang Buluh Akar

Selayang Pandang Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Perak Tengah 2016
























Khamis, 25 Ogos 2016

KURSUS ASAS KEJURULATIHAN BOLA BALING DAERAH PERAK TENGAH 2016


Senarai Semak Pembugaran Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2016


Senarai Semak Pembugaran Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2016
(Status Sehingga 31 Julai 2016)

Sukacita dimaklumkan perkara seperti di atas.

2.   Mohon kerjasama kepada sekolah-sekolah yang disenaraikan di bawah agar dapat menghantar senarai semak pembugaran aktiviti PPDa ke PPD Perak Tengah secepat mungkin untuk dipanjangkan data tersebut ke Jabatan pada atau sebelum 26 Ogos 2016. Senarai semak boleh di apload dari portal 11PPD.

Sekian, terima kasih.

Penolong PPD PPDa,
PPD Perak Tengah.

Sekolah Rendah.                                                              Sekolah Menengah.
1.   SK Sungai Galah                                                         1. SMK Sultan Muhammad Shah
2.   SK Balun Bidai                                                           2. SMK Changkat Lada
3.   SK Tepus             (_/)                                                  3. SABK Maahad Al Aziz
4.   SK Tanjong Belanja       (_/)                                       4. SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah
5.   SK Simpang Tiga                                                        5. SMK Seri Londang
6.   SK Pasir Gajah
7.   SK Changkat Banjar
8.   SK Telok Perang        (_/)
9.   SK Layang-Layang Kanan    (_/)
10. SK Cikgu Mior Shaharuddin
11. SK Sungai Ranggam
12. SK Selat Pulau
13. SK Raja Chulan
14. SK Pulau Tiga Kiri
15. SK Toh Paduka Raja
16. SK Pulau Juar
17. SK Bandar Tua
18. SK Suak Padi
19. SK Bandar
20. SK Sungai Besar
21. SK Chenderung Kelubi
22. SK Felcra Nasaruddin    (_/)
23. SJK(T) Ladang Buluh Akar

Rabu, 24 Ogos 2016

Selayang Pandang Program dan Aktiviti Unit Pembangunan Kemanusiaan




KANTIN

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – Sekolah Daerah Perak Tengah,
Pejabat Pendidikan Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT KATERING SIHAT, KESELAMATAN MAKANAN DAN PROGRAM BeSS (BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT)OLEH UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN BERSAMA PEGAWAI SAINS (PEMAKANAN) PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama Pegawai Sains (Pemakanan) Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah akan mengadakan satu taklimat untuk semua pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah - sekolah di Daerah Perak Tengah. Butiran taklimat adalah seperti dibawah :

Program       : Taklimat Katering Sihat, Keselamatan Makanan & Program      
  BeSS
          Tarikh          : 30 September 2016
          Tempat         : Bilik Seminar, Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah
          Masa            : 2.45 petang – 5.00 petang


3.       Semoga dengan kehadiran pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah tuan  akan membantu melancarkan lagi program yang dijalan. Jasa baik tuan-puan kami dahulukan dengan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih.