Isnin, 15 Julai 2019

KARNIVAL TEKNOLOGI HIJAU ( KITH )SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


                                                                                                   
Semua Pengetua                                                                  
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah            

Tuan,


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Teknologi Hijau Sekolah  Menengah  Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh            : 20 Julai 2019 ( Sabtu )
                        Masa               : 8.00 pagi
                        Tempat           : Dewan SMKA Sultan Azlan Shah
                       
3.         Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir menyertai pertandingan ( sperti lampiran ) di  karnival tersebut. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.           
4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,

MUAT TURUN

SURAT KARNIVAL

LANTIKAN HAKIM

Tiada ulasan: