Jumaat, 19 Julai 2019

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT SARINGAN AKHIR SEMPENA PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT KESETIAAN KEPADA RAJA TAHUN 2019


Pengetua/ Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah
(Seperti Lampiran)


Tuan,

Sukacita saya merujuk perkara diatas, surat JPNPk.SPK.KOKU 600 3/5/4 JLD. 2  (     ) bertarikh 16 Julai 2019 adalah berkaitan.

2.         Sehubungan itu program tersebut akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

            Tarikh              : 24 Julai  2019 ( Rabu )
            Masa                : 8.00 Pagi
            Tempat             : SJK ( C ) Sam Chai, Jalan Pasir Puteh , Ipoh, Perak

3.         Sehubungan dengan itu, kerjasama di pohon untuk menghantar peserta dan guru pengiring sekolah tuan seperti lampiran bagi mewakili daerah Perak Tengah ke program tersebut. Segala urusan pengangkutan adalah di bawah tanggungan sekolah masing-masing manakala urusan makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur sepanjang program.

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi iaitu di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2004 Ruj. KP ( BS )8691/Jld. XVII (9) Bertarikh 16 September 2004. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut.

5.         Sebarang pertanyaan,sila hubungi Dr. Adlan bin Mohamed Yusof ( Penolong Pengarah Kokurikulum Akademik,JPN Perak) di talian 012-5404393/05-5015151 dan penyelaras program En Mohd Roslan Bin Mohd Nor ( Penolong PPD  Kokurikulum Akademik , PPD Kinta Utara ) 012-4624092 / 05 5015151 .  Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.  


MUAT TURUN 


Tiada ulasan: