Selasa, 6 Ogos 2019

KWAPM TINGKATAN 1

Assalamuaikum,
 
Tuan,
 
PEMBAYARAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) KEPADA MURID TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2019 - NEGERI PERAK
 
Dengan hormatnya saya merujuk surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPM.800-4/4/28  (88) bertarikh 16 Julai  2019 adalah dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan bayaran Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Tahun 2019 bagi Murid Tingkatan 1 bagi  Negeri Perak mulai 12 Julai 2019. Bersama – sama ini dilampirkan:
 
2.1 Surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), (KPM), KPM.800-4/4/28  (88) bertarikh 16 Julai  2019  untuk rujukan dan tindakan tuan;
 
2.2  Senarai penerima murid Tingkatan 1 bagi bantuan 
             KWAPM telah diemelkan kepada Penyelia HEM di daerah masing-masing adalah seperti berikut : 
                  2.2.1 SENARAI DMOA UNTUK SEKOLAH DAN PPD
                  2.2.2 SENARAI DSA UNTUK SEKOLAH DAN PPD
                  2.2.3 SENARAI EKASIH UNTUK SEKOLAH DAN PPD
                  
Perlu diingatkan data murid yang masih mempunyai no kp murid dan ibu bapa tidak dibenarkan dimuat turun dalam portal PPD. Senarai nama murid dan nama sekolah sahaja dibenarkan.
 
2.3  Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 1 Tahun 2018 – Bantuan Kumpulan    
             Wang Pelajar Miskin (KWAPM) bertarikh 19 Januari 2018, dipatuhi.

         2.4 Mohon pihak sekolah membuat bayaran dengan segera dan kadar KWAPM Tingkatan 1 kepada murid yang layak ialah sebanyak RM150.00 seorang.
           
3.         Sehubungan dengan itu, tuan di mohon mengedarkan senarai murid ke sekolah-sekolah di daerah. Surat rasmi akan diedarkan kemudian. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelia Kebajikan, Cik Ruziah Bt Ab Majid ditalian 05-5015142.
Sekian  terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
 
 
      ruzz
(RUZIAH BINTI AB MAJID )
Penyelia Kebajikan,
Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Perak.
05-5015142/0178842306

SILA MUAT TURUN DIBAWAH

1. SENARAI NAMA
2. SURAT KWAPM
  

Tiada ulasan: