BIASISWA 2017

Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN PEMBERIAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP)
[ MERANGKUMI BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) ] TAHUN 2017
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.800-4/3/2 Jld. 3 (    ) bertarikh 4 Januari 2017 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa sepertimana diluluskan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pemberian biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merangkumi Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi kedudukan peruntukan kewangan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
3.         Sehubungan dengan itu, penambahbaikan terhadap pelaksanaan BKP tahun 2017 adalah seperti di lampiran A dan Takwim Pengurusan BKP tahun 2017 adalah seperti di lampiran B ( muat turun di blog hemperaktengahblogspot). Disamping itu, penembahbaikan ini juga akan diselaraskan dengan pindaan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) yang berkaitan.
4.         Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memanjangkan surat ini ke PK HEM dan penyelaras Biasiswa sekolah di bawah pentadbiran tuan.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


muat turun di bawah



==================================================================================================================================================================

Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PEMBAYARAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TERTANGGUNG TINGKATAN 2 HINGGA 4 FASA 2 ( JULAI HINGGA SEPTEMBER ) TAHUN 2016 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/6/2(33) bertarikh 17 Januari 2017 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran untuk semua penerima BKP Tertanggung Tingkatan 2 hingga 4 fasa 2 tahun 2016 telah dibuat kelulusan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 23 Disember 2016. Pembayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bagi baki bayaran  tahun 2016.
3.         sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada penyelaras / guru biasiswa sekolah tuan. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengambil tindakan berikut
3.1        Guru biasiswa diminta mengemaskini dan membuat semakan pada kad akaun pelajar melalui cetakan akaun Bank Simpanan Nasional.
            3.2        Sekiranya terdapat keciciran bayaran biasiswa berlaku kepada pelajar yang berjaya:
                        3.2.1     Isi lampiran J (rujuk MPK m/s 78).
                        3.2.2     Lampirkan bersama salinan surat tawaran biasiswa.
                        3.2.3     Salinan kad akuan pelajar.
                        3.2.4     Salinan kad pengenalan penerima biasiswa.


4.         Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak untuk perhatian En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa) pada atau sebelum 31 Januari 2017 tanpa gagal supaya dapat dikemukakan ke bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa)  di talian 05-5015139/018-5711712
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.
=====================================================================

Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PEMBAYARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TERTANGGUNG TAHUN FASA 2 TAHUN 2016 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/6/3(44) bertarikh 13 Disember 2016 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran untuk semua penerima BKPU Tertanggung fasa 2 tahun 2016 telah dibuat kelulusan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 26 November 2016. Pembayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bagi bayaran 6 bulan tahun 2016.
3.         sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada penyelaras / guru biasiswa sekolah tuan. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengambil tindakan berikut.

3.1        Guru biasiswa diminta mengemaskini dan membuat semakan pada kad akaun pelajar melalui cetakan akaun Bank Simpanan Nasional.
            3.2        Sekiranya terdapat keciciran bayaran biasiswa berlaku kepada pelajar yang berjaya:
                        3.2.1     Isi lampiran J (rujuk MPK m/s 78).
                        3.2.2     Lampirkan bersama salinan surat tawaran biasiswa.
                        3.2.3     Salinan kad akuan pelajar.
                        3.2.4     Salinan kad pengenalan penerima biasiswa.

4.         Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak untuk perhatian En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa) pada atau sebelum 30 Disember 2016 tanpa gagal supaya dapat dikemukakan ke bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa)  di talian 05-5015139/018-5711712
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian

Sekian, terima kasih.
========================================================================================================================================================================


Tuan,

PRESTASI PENERIMA SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT MELAYU PERAK

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan surat JPN bertarikh 9 Ogos 2016 rujukan : J.Pel.Pk(HEM)5128/6/1/1 Jld. 2(2) adalah berkaitan.

2.       Sukacita dimaklumkan, pihak MAIPK sedang menjalankan pemantauan prestasi akademik penerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK di bawah peruntukan asnaf fakir miskin. Sehubungan itu mohon jasa baik pihak tuan untuk mendapatkan maklumat dan melengkapkan prestasi murid yang menerima Skim Bantuan Biasiswa bagi sekolah di bawah tadbiran tuan.

3.       Sila muat turun senarai nama murid yang terlibat serta format pelaporan di bawah dan kembalikan dalam bentuk softcopy ke email hemperaktengah@gmail.com sebelum atau pada 15 Ogos 2016.

4.       Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Razmir b. Ahmad Nordin di talian
013-5072246.

 Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai .


Sekian, terima kasih.

Muatturun

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengetua
Sekolah-sekolah ,
Daerah Perak Tengah.

Tuan,
PEMBAYARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) DAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TERTANGGUNG TAHUN 2016 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran untuk semua penerima BKPU DAN BKP Tertanggung 2016 telah dibuat kelulusan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) . Pembayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bagi bayaran 6 bulan tahun 2016.
 3.         sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada penyelaras / guru biasiswa sekolah tuan. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengambil tindakan berikut
3.1        Guru biasiswa diminta mengemaskini dan membuat semakan pada kad akaun pelajar melalui cetakan akaun Bank Simpanan Nasional.
            3.2        Sekiranya terdapat keciciran bayaran biasiswa berlaku kepada pelajar yang berjaya:
                        3.2.1     Isi lampiran J (rujuk MPK m/s 78).
                        3.2.2     Lampirkan bersama salinan surat tawaran biasiswa.
                        3.2.3     Salinan kad akuan pelajar.
                        3.2.4     Salinan kad pengenalan penerima biasiswa.

4.         Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak untuk perhatian Pen. Pengarah Biasiswa En. Khairil Anwar Bin Yacob ( sektor Pembangunan Kemanusiaan ) pada atau sebelum 30 Mei 2016 tanpa gagal supaya dapat dikemukakan ke bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Khairil Anwar bin yacob ( Penolong Pengarah Tajaan Biasiswa JPN) di talian 05-5015143/0124370079.
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Tiada ulasan: