Kesihatan

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT PENYELARASAN PENOLONG KANAN HEM/GURU KANAN HEM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH BIL 1/2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan taklimat khas mengenai Skim Insuran Murid Sekolah (SIMS) dan taklimat mengenai wabak denggi.

Taklimat akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh           :  01 April 2014
Masa            :   2.30 petang
Tempat         :  Dewan Al- Biruni, PPD Perak Tengah

Bahan berkaitan Taklimat Insurans Murid Sekolah boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :

Sehubungan dengan itu Penolong Kanan HEM/Guru Kanan HEM diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih.
Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM,

PPD Perak Tengah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Poster
Di PPD ada poster baru untuk ditampal di kantin. Mohon pihak sekolah mengambilnya di PPD(peti surat) untuk di tampal di sekolah. Terima kasih.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Penghantaran Maklumat Kantin
Mohon kerjasama pihak sekolah menghantar maklumat penilaian kantin bulan Januari ke PPD. Kepada sekolah yang telah menghantar diucapkan terima kasih.