KWAPM

Kepada,

 
Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.

 

Tuan,

 
PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) DATA SEDIA ADA (DSA) BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

 

Sukacita saya merujuk perkara tersebut di atas.

 
2.       Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengumpul maklumat Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) untuk sesi persekolahan Tahun 2016

 
3.       Sehubungan dengan itu mohon pihak tuan mengemaskini data permohonan KWAPM dengan mengedarkan borang permohonan berdasarkan maklumat APDM. Data tersebut akan dijana ke aplikasi Pangkalan bantuan (APB). Borang boleh di muat turun di bawah. 

4.         Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Razmir Bin Ahmad Nordin di talian 013-5072246

 
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.




BORANG INDIVIDU KWAMP


==========================================================
Kepada,

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah daerah perak tengah.

Tuan ,

 

TAKLIMAT PENGENDALIAN APLIKASI PENGURUSAN KWAPM BAGI GURU  SEKOLAH – SEKOLAH PERAK TENGAH TAHUN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.       Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan taklimat pengendalian aplikasi bantuan (APB) KWAPM bagi guru / penyelaras KWAPM sekolah daerah Perak Tengah pada ketetapan berikut :
                   Tarikh               :  24 Februari 2015 ( SELASA )
                   Masa                :  2.30 ptg – 5.00 petang
                   Tempat             :  Bilik Tutorial, SK Seri Iskandar
3.       Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran  kepada Guru /penyelaras KWAPM sekolah tuan hadir taklimat tersebut.
4.       Sila bawa bersama komputer riba, penyambung wayar, peranti jalur lebar (broadband, dongle dan zoom,).
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah terlibat

KESILAPAN PENGHANTARAN DATA eDAMAK TAHUN 2014

Mohon sekolah terlibat menghantar semula data eDAMAK sebelum pukul 2.00 petang 13 Ogos 2014.

Borang yang betul boleh didapati dari blog hemperaktengah.blogspot.com

Panduan :
1.    Buka blog hemperaktengah.blogspot.com
2.    Klik butang muat turun
3.    Pilih Borang eDAMAK dan muat turun

Tahniah kepada sekolah dibawah kerana menghantar data dengan tepat:
1.    SK Sungai Galah
2.    SK Suak Padi
3.    SK Sungai Perah

Sekolah yang disenaraikan di bawah sila buat semula menggunakan borang yang dimuat turun tadi :
1.    SK Chenderung Kelubi. Borang Silap
2.    SK Iskandar Perdana. Borang tidak lengkap
3.    SMK Seri Iskandar. Borang silap

Sekolah yang masih belum menghantar sebarang data Edamak :
1.    SK Iskandar Shah

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah
------------------------------------------------------------------------------------------------------
PEMBETULAN SENARAI NAMA DAN MAKLUMAT MURID eDAMAK
1.    Guru Besar SK Sungai Galah
2.    Guru Besar SK Suak Padi
3.    Guru Besar SK Chenderong Kelubi
4.    Guru Besar SK Sungai Perak
5.    Guru Besar SK Iskandar Perdana
6.    Guru Besar SK Iskandar Shah
7.    Guru Besar SJK(C) Chung Hwa
8.    Pengetua SMK Seri Iskandar
9.    Pengetua SMK Iskandar Shah
.
Tuan,

PEMBETULAN SENARAI NAMA DAN MAKLUMAT MURID DALAM SENARAI DATA eDAMAK BAGI BANTUAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengumpul data mengenai kekeliruan yang berlaku dalam senarai data penerima KWAPM eDAMAK yang dihantar melalui surat daripada PPD Perak Tengah PPD.PET.630-13 (32) bertarikh 17 Julai 2014.

3.       Pihak PPD Perak Tengah telah dimaklumkan terdapat beberapa buah sekolah Orang Asli membuat aduan berkaitan pelbagai masalah yang dihadapi dengan senarai nama penerima (murid layak) bantuan KWAPM eDAMAK (Orang Asli) Tahun 2014. Antara  masalah yang dimaklumkan adalah :
a)  Nama penerima bantuan KWAPM eDAMAK merupakan murid Orang Asli   
     yang bersekolah di sekolah lain. (nama telah bercampur-aduk dengan   
     sekolah lain)
b)  Status kemiskinan penjaga adik beradik yang sama (penerima bantuan)
     adalah berlainan (Adik = Miskin Tegar , manakala Kakak = Miskin)
c) Terdapat murid tercicir daripada permohanan asal sekolah yang
     dikemukakan kepada JAKOA Daerah/Negeri.

4.       Sehubungan dengan itu pihak sekolah dimohon untuk melengkapkan :
  1. Borang Format Aduan Senarai Penerima KWAPM eDAMAK Bermasalah
  2. Borang Rumusan KWAPM SPK Bil5. 2012

5.       Borang boleh dimuat turun dari pautan di bawah :
i. Borang Format Aduan Senarai Penerima KWAPM eDAMAK Bermasalah https://drive.google.com/file/d/0B02XJt6GqvpRUEF3ZmJnd0pGTEU/edit?usp=sharing
6.       Kesemua maklumat perlu di hantar pada atau sebelum 8 Januari 2014 :
  1. Soft copy emelkan ke hemperaktengah@gmail.com
  2. Cetakan kepada Penyelia HEM


7.       Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar di talian 013-5159012.

Sekian,

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah
.................................................................................................................................................
KUTIPAN DATA KWAMP TAHUN 1 DAN TINGKATAN 1

Penghantaran data dalam bentuk softcopy dan cetakan. Hantar pada atau sebelum 18 Februari 2013. Softcopy boleh emailkan ke faizalhem@yahoo.com. Cetakan perlu dihantar ke PPD.
Muat turun borang.klik di sini
Setelah klik, pilih file kemudian pilih download...selamat mencuba
Muat turun pekeliling KWAMPKlik di sini

Senarai sekolah yang telah menghantar data KWAMP tahun 1 dan tingkatan 1

1.SK SERI KAYA
2.SK SUNGAI GALAH
3.SJK(T) LDG GLENEALY
4.SK BAKONG
5.SK BALUN BIDAI
6.SK BANDAR TUA
7.SK PASIR GAJAH
8.SK BELANJA
9.SK BOTA KANAN
10.SK BOTA KIRI
11.SK BUKIT CHUPAK
12.SK.CHANGKAT BANJAR
13.SK CHOPIN
14.SK CIKGU MIOR SHAHARUDDIN
15.SK. DATO' SAGOR
16.SK FELCRA NASARUDDIN
17.SK ISKANDAR SHAH
18.SK LAYANG-LAYANG KANAN
19.SK LAYANG-LAYANG KIRI
20.SK LENGKUAS
21.SK PADANG CHANGKAT
22.SK PARIT
23.SK PASIR PANJANG ULU
24.SK PULAU JUAR
25.SK PULAU PADANG
26.SK RAJA CHULAN
27.SK SERI CEMPAKA
28.SK.SERI ISKANDAR
29.SK SIMPANG TIGA
30.SEK.KEB. SRI CHANGKAT
31.SK SUNGAI RANGGAM
32.SK TANJUNG BIDARA
33.SK TANJUNG BELANJA
34.SK TELOK BAKONG
35.SK TELUK PERANG
36.SK TEPUS
37.SK TITI GANTONG
38.SK TOH PADUKA RAJA
39.SK TOK PELITA
40.SMK DARY
41.SMK ISKANDAR SHAH
42.SMK LAMBOR KIRI
43.SMK LAYANG-LAYANG KIRI
44.SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH
45.SMK SG RANGGAM 
46.SABK MAAHAD EHYAK DINIAH ISLAMIAH
47SJK © CHUNG HWA, PARIT
48.SJK(T) LDG BULUH AKAR
49.SK CHANGKAT LADA 2
50.SK KOTA SETIA
51.SK. LAMBOR KANAN
52.SK LAMBOR KIRI
53.SK PULAU TIGA KIRI
54.SK.SEBERANG PERAK
55.SK.SELAT PULAU
56.SK SUNGAI BESAR
57.SK TELUK KEPAYANG
58.SK TOKPELITA
59.SMA MAAHAD AL-AZIZ
60.SMK CHANGKAT LADA
61.SMK DATO' SERI MAHARAJALELA
62.SMK SERI ISKANDAR
63.SMK SULTAN MUZAFAR
64.SMKA SULTAN AZLAN SHAH
65.SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH
66.SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR
Terima kasih dan tahniah !!!!!!!!!!!!!!!!!
Sekolah yang tidak tersenarai bermakna masih tidak menghantar maklumat KWAMP setakat pukul 11.50 malam 21 Februari 2013.
Mohon hantar segera....................

3 Buah sekolah asli tidak dimasukkan kerana maklumat diambil dari edamak. 

 *Peringatan...segera*

.........................................................................................................................................
PERHATIAN DAN TINDAKAN



Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah perak tengah.
Tuan,
BANTUAN CERMIN MATA BAGI MURID PENERIMA BANTUAN KWAMP 2012/2013
Dengan hormatnya saya merujuk surat KP(BPSH-SPKIA)701 Jld.8(57) berhubung perkara di atas.


2. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk menghantar nama murid penerima KWAMP 2012/2013 yang memerlukan bantuan cermin mata dengan mengisi borang yang dilampirkan dengan kadar segera sebelum atau pada 15 Februari 2013 dan diemailkan di alamat email chegujamil@yahoo.com.
3. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh menghubungi En Jamil Bin Dayan (Penolong Pengarah Kesihatan) di talian 016-4439840.

lampiran untuk tindakan tuan
1.klik di sini Surat yang berkaitan
2.klik di sini Borang Bantuan Cermin Mata
Sekian,terima kasih.


Pengetua/Guru Besar,

Sila hantar maklumat murid KWAMP Tahun 1 dan Tingkatan 1 dan Peralihan  sebelum 10 Februari 2013.
Catatan : 2.2.2013