KANTIN 2017



Pengetua/Gurur Besar
Sekolah-sekolah  Negeri Perak

BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH MULAI I DISEMBER 2017 HINGGA 30 NOVEMBER 2019
Sukacita dimaklumkan bahawa bagi sekolah-sekolah yang perjanjian kantinnya tamat pada tahun 2017 perlu melaksanakan Buka Sebut Harga bagi tempoh seperti di atas. Walau bagaimanapun jika terdapat permohonan daripada pengusaha kantin untuk melanjutkan setahun lagi (2+1), maka Jawatankuasa Pemilih perlu bermesyuarat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut. Dimohon sekolah-sekolah yang ingin melaksanakan sebut harga kantin perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan ( Rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2011).
Sila Muatturun dokumen di Attachment di bawah untuk perhatian dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak


================================================================================================================
Pengarah, Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – Sekolah Daerah Perak Tengah,
Pejabat Pendidikan Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT KATERING SIHAT, KESELAMATAN MAKANAN DAN PROGRAM BeSS (BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT) DAN PROGRAM KENDIRI KANTIN/DEWAN MAKAN 2017

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Perak Tengah bersama pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan serta Pegawai Sains (Pemakanan) Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah akan mengadakan satu taklimat untuk semua penyelaras / guru kantin serta pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah - sekolah di Daerah Perak Tengah. Butiran taklimat adalah seperti dibawah :

Pengusaha kantin dan Pembekal dapur asrama
Tarikh                :  21 Mac 2017(Selasa)
                        Masa                  :  9.00 pg
Tempat              :  Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah

Penyelaras / Guru kantin dan dapur asrama
Tarikh                            :  4 April 2017(Selasa)
                        Masa                  :  2.30 ptg
Tempat              :  Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah

3.       Kehadiran adalah diwajibkan. Segala kerjasama dan bantuan akan membantu melancarkan lagi program yang dijalankan. Jasa baik tuan-puan kami dahulukan dengan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih.

surat panggilan taklimat




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

MAKLUMAT KANTIN YANG TIDAK MENGGUNAKAN METER BERASINGAN DAN KADAR PEMBAYARAN YANG DIKENAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidkan Negeri Perak sedang mengumpul data mengenai penggunaan meter elektrik dan air di sekolah.
3.         Sehubungan dengan itu, tuan dimohon untuk mengisi maklumat yang diperlukan oleh pihak JPN Perak. Hanya sekolah – sekolah yang tidak menggunakan meter berasingan sahaja perlu mengisi maklumat tersebut.

4.         Borang data boleh dimuat turun di BAWAH dan perlu diemailkan semula ke email kantinperaktengah@gmail.com sebelum 25 Januari 2017.

5.       Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

========================================================================

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PROGRAM KENDIRI KANTIN SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat siaran KPM.600-14/1/55 jld.3 (5) bertarikh 22 Disember 2016 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/10/7/1(73) bertarikh 20 Januari 2017 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa usaha-usaha menyelengara dan meningkatkan kebersihan kantin di sekolah-sekolah telah dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh sekolah, namun keberkesanannya didapati masih belum mencapai tahap diingini.
3.         sehubungan dengan itu, tuan dimohon untuk memastikan semua kantin sekolah dipertingkatkan dengan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan tahap kebersihan kantin sekolah dengan merujuk kepada arahan, pekeliling Ikhtisas, surat siaran dan Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat.  
4.         Program Pemeriksaan Kendiri Kantin sekolah hendaklah dimantapkan dan dilaksanakan dengan penuh integriti oleh pengusaha kantin. Mulai tahun 2017, pengusaha kantin diminta menguruskan borang Laporan Harian Kendiri Kantin Sekolah dengan menyediakan dan melaksanakan pemeriksaan harian di kantin. Manakala laporan Harian Pemeriksaan Kendiri Kantin Sekolah hendaklah difailkan di sekolah bagi rujukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan penguatkuasaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Format Laporan Kendiri Kantin Sekolah yang baru boleh dimuat turun di bawah.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: