Pengetua
Sekolah
–Sekolah Daerah Perak Tengah
Tuan/
Puan ,
PERTANDINGAN KO AKADEMIK –PERBAHASAN
BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT DAERAH PERAK
TENGAH TAHUN 2016
Merujuk
kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa
pertandingan ko akademik Perbahasan Bahasa Melayu Ala Parlimen akan
diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 22 & 23 Mac 2016
Hari : Selasa dan Rabu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan
Pihak tuan/puan diminta
memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar
sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti
program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi
menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Zahari bin Omar,
Penolong PPD Kokurikulum akademik di
talian 012 2689704 atau 05-3711 273.
Kerjasama dan
sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan
ribuan terima kasih.
2 ulasan:
Tahniah!
Layout baru!!
Terima kasih atas sokongan
HBN
Catat Ulasan