Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah
Tuan,
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UNTUK SEKOLAH RENDAH
DAN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2016
Dengan segala hormatnya saya merujuk
perkara di atas dan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.Pen.Pk.(HEM)5128/5/6 Jld.3(17) bertarikh 11 Mac 2016 yang diterima pada 21 Mac 2016 adalah
berkaitan.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) adalah merupakan satu
daripada komponen Pentaksifan Berasaskan Sekolah (PBS). Objektif pelaksanaan
Ppsi adalah untuk mengukur kebolehan minat, sikap, personaliti, kecenderungan,
kemahiran menaakul dan kemahiran penyelesaian masalah.
4. Sehubungan
itu, semua sekolah hendaklah mentadbir Pentaksiran Psikometrik Tahun 2016
berdasarkan jadual yang dilampirkan. Pelaksanaan
Pentaksiran Psikometrik di peringkat sekolah perlu diselaraskan oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan. Sekiranya terdapat sebarang
kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi En. Hamshah bin Noraini, Penolong PPD
Bimbingan dan Kaunseling di talian 019 3468209 / 05-3711 273.
Muat Turun Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan