Pengetua
Sekolah-sekolah ,
Daerah Perak Tengah.
Tuan,
PEMBAYARAN
BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) DAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TERTANGGUNG TAHUN 2016 BAGI JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI PERAK
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa pembayaran untuk semua penerima BKPU DAN BKP Tertanggung 2016 telah
dibuat kelulusan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) . Pembayaran
tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bagi bayaran 6 bulan tahun 2016.
3. sehubungan
dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada penyelaras /
guru biasiswa sekolah tuan. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengambil tindakan
berikut
|
3.1 Guru biasiswa diminta
mengemaskini dan membuat semakan pada kad akaun pelajar melalui cetakan akaun
Bank Simpanan Nasional.
3.2 Sekiranya terdapat keciciran bayaran
biasiswa berlaku kepada pelajar yang berjaya:
3.2.1 Isi lampiran J (rujuk MPK m/s 78).
3.2.2 Lampirkan bersama salinan surat tawaran
biasiswa.
3.2.3 Salinan kad akuan pelajar.
3.2.4 Salinan kad pengenalan penerima biasiswa.
4. Dokumen
yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak untuk perhatian Pen. Pengarah Biasiswa En. Khairil Anwar
Bin Yacob ( sektor Pembangunan Kemanusiaan ) pada atau sebelum 30 Mei 2016
tanpa gagal supaya dapat dikemukakan ke bahagian kewangan, Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
5. Sebarang
pertayaan sila berhubung terus dengan En. Khairil Anwar bin yacob ( Penolong
Pengarah Tajaan Biasiswa JPN) di talian 05-5015143/0124370079.
Kerjasama
dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan