Kepada,
Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah
Tuan ,
KUTIPAN DATA PENERIMA PROGRAM SUSU
1MALAYSIA (PS1M) 2016
Dengan
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk kepada surat Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KPMSP.800-4/1/16 (6)
bertarikh 9 Mei 2016 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak rujukan
J.PEL.PK(HEM)5128/10/17 JLD.5(39) bertarikh 13 Mei 2016.
2. Sukacita
dimaklumkan, selaras dengan perkiraan yang digunakan oleh Kementerian Kewangan,
penerima PS1M bagi tahun 2016 adalah semua murid warganegara di sekolah Rendah
Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan
Nasional (PGK) terkini sahaja layak menerima bantuan.
3 Sehubungan
dengan itu, tuan dimohon mengemaskini data penerima PS1M mengikut pendapatan
isi rumah dibawah Paras Garis Kemiskinan
Nasional 2014 (PGK 2014) iaitu pendapatan ibubapa/penjaga sebanyak RM930.00 atau perkapita RM230.00
sebulan bagi tahun semasa.
4. Tuan
dimohon untuk muat turun borang
pengesahan Data Penerima RMT serta surat kebenaran PS1M untuk murid –murid yang
layak di DI PAUTAN DI BAWAH.
5. Data penerima PS1M
yang layak mengikut format di lampiran 1 hendaklah di hantar ke Unit Pembanggunan
Kemanusiaan (HEM) pada atau sebelum 24 Mei 2016 untuk perhatian En. Razmir bin Ahmad Nordin Penyelia HEM PPD Perak
tengah dalam bentuk hard copy dan
emailkan soft copy ke rmtperaktengah@gmail.com.
6. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir
bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 0135072246.
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
1 ulasan:
Suda di emelkan, tq
Catat Ulasan