Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah
Tuan,
MAJLIS IFTAR JAMAIE SERTA PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA
ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN 2016
Dengan segala hormatnya saya merujuk
perkara di atas dan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.Pen.Pk.(HEM)5128/5/9 Jld.2(81)
bertarikh 10 Jun 2016 yang diterima pada
23 Jun 2016 adalah berkaitan.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Majlis Iftar Jamaie serta Penyerahan Sumbangan Kepada
Anak-anak Yatim dan Miskin 2016 dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi
Islam Malaysia (YaPIEM) akan diadakan seperti ketentuan berikut:
Tarikh :
27 Jun 2016 (Isnin)
Masa :
4.00 petang hingga 8.00 malam
Tempat :
Masjid Sultan Azlan Shah
Jalan Musa Mahadi, Ipoh, Perak.
Tentatif : Rujuk Lampiran
Pakaian
: Baju Kebangsaan / Baju Melayu
TEMPAT DAN MASA BERKUMPUL : 1.45 PETANG
LOKASI BERKUMPUL ZON TERLIBAT
PPD PERAK TENGAH : ZON PARIT DAN ZON BOTA
SMK DATO SERI MAHARAJALELA : ZON KG GAJAH DAN ZON SEBERANG PERAK
TEMPAT DAN MASA BERKUMPUL : 1.45 PETANG
LOKASI BERKUMPUL ZON TERLIBAT
PPD PERAK TENGAH : ZON PARIT DAN ZON BOTA
SMK DATO SERI MAHARAJALELA : ZON KG GAJAH DAN ZON SEBERANG PERAK
3. Sehubungan
itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan menguruskan surat kebenaran ibu bapa /
penjaga murid berkenaan. Di samping itu, pihak tuan dipohon untuk menguruskan
pengangkutan pergi dan balik ke tempat menunggu. Pelajar akan bergerak ke tempat
program dengan bas yang disediakan oleh penganjur.
4. Sekiranya
terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi En. Hamshah bin
Noraini, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019 3468209 / 05-3711
273 atau En. Razmir bin Ahmad Nordin, Penyelia Hal Ehwal Murid di talian
0195034371
Kerjasama dan sokongan
tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Senarai Nama Murid Penerima Sumbangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan