Kepada,
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah
Tuan ,
BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI
TEMPOH MULAI 1 DISEMBER 2016 HINGGA 30 NOVEMBER 2018
Dengan
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa bagi sekolah – sekolah yang perjanjian kantinnya tamat pada
tahun 2016 perlu melaksanakan Buka Sebut Harga bagi tempoh seperti di atas. Walau
bagaimanapun jika tedapat permohonan daripada pengusaha kantin untuk
melanjutkan tempoh setahun lagi (2+1), maka Jawatankuasa Pemilih perlu
bermesyuarat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.
3. Sehubungan dengan itu, tuan dimohon memastikan sekolah
tuan yang akan melaksanakan sebut harga kantin perlu mematuhi prosedur yang
telah ditetapkan (rujuk Buku Panduan
Pengurusan Kantin Sekolah 2011)
4. Tuan
boleh memuat turun panduan serta borang yang berkaitan di bawah untuk perhatian dan tindakan tuan
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
sila muatturun disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan