Jumaat, 21 Oktober 2016

MODUL PENGURUSAN MURID (MPM)


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan/Puan,
BENGKEL KERJA VERIFIKASI DATA RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN PENETAPAN SUBJEK BAGI MODUL PENGURUSAN MURID (MPM) DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2016
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM dan Penetapan Subjek Bagi Modul Pengurusan Murid (MPM) kepada semua  Penolong Kanan HEM / Guru Kanan Hem bagi tahun 2016. Maklumat bengkel adalah seperti ketentuan di bawah :
                        Tarikh             : 3 NOVEMBER 2016 ( KHAMIS )
Masa                : 8:30 pagi – 5:00 petang
                        Tempat             : DEWAN AL-BIRUNI PPD PERAK TENGAH
3.         Sehubungan itu, tuan / puan dipohon untuk memberi pelepasan kepada Penolong Kanan HEM/guru Kanan Hem sekolah tuan/puan untuk hadir ke sesi bengkel berkenaan. Tuan / puan dimohon untuk memuat turun data verifikasi murid di Bawah dan tuan / puan dimohon untuk mengemaskini data tersebut di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Jika data yang diberi adalah betul, tuan / puan dimohon untuk membawa justifikasi untuk data tersebut. Pengemakinian data tersebut perlu diselesaikan pada atau sebelum 1 November 2016.
4.         Sebarang masalah berkaitan dengan bengkel di atas sila hubungi Encik Razmir bin Ahmad Nordin Penyelia HEM, PPD Perak Tengah di talian 019-5034371. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah diharapkan .
Sekian terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

MUAT TURUN DI BAWAH

Tiada ulasan: