Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.
Tuan/Puan,
PELAKSANAAN
PEMBERIAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP)
[
MERANGKUMI BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) ] TAHUN 2017
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan
surat Kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.800-4/3/2 Jld. 3 ( ) bertarikh 4 Januari 2017 adalah
berkaitan.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa sepertimana diluluskan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) akan melaksanakan pemberian biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
merangkumi Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi kedudukan
peruntukan kewangan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
3. Sehubungan
dengan itu, penambahbaikan terhadap pelaksanaan BKP tahun 2017 adalah seperti
di lampiran A dan Takwim Pengurusan
BKP tahun 2017 adalah seperti di lampiran
B ( muat turun di blog
hemperaktengahblogspot). Disamping itu, penembahbaikan ini juga akan
diselaraskan dengan pindaan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) dan Manual Prosedur
Kerja (MPK) yang berkaitan.
4. Kerjasama
tuan adalah dipohon untuk memanjangkan surat ini ke PK HEM dan penyelaras
Biasiswa sekolah di bawah pentadbiran tuan.
5. Sebarang
pertayaan sila berhubung terus dengan En.
Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia Hal
Ehwal Murid) di talian
05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
muat turun di bawah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan