Selasa, 14 Februari 2017

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH ZON PARIT TAHUN 2017

Guru Besar
Sekolah-sekolah Zon Parit.

Tuan,

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH ZON PARIT TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  16  Februari, 2017 ( Khamis )
                        Tempat           :  Bilik Mesyuarat SK Parit
                        Masa               :  2.30 petang
                        Pengerusi      :  Guru Besar SK Parit  / Wakil
                        Pakaian          :  Rasmi

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum / Pengurus Bola Jaring sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.


Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih

Sila muat turun surat di bawah;

surat mesyuarat pengelolaan bola jaring zon Parit

Tiada ulasan: