Tuan,
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH
PERAK (MSSPK) 2017
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di
atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :
Tarikh : 24 hingga 26
Februari 2017 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat :
SMK Abdul Rahman Talib (Bawah 18 Tahun)
: Dewan Karentina (Bawah 15 Tahun)
: Dewan Orang Ramai Hutan Melintang (Bawah 12
Tahun)
Masa :
8.00 pagi - 10.00 malam
Penginapan : Asrama
SMK Abdul Rahman Talib (Bawah 18)
SEMESTI (Bawah 15)
SK Simpang Empat (Bawah 12)
Keperluan :
Cadar, Sarung Bantal, Kelengkapan diri dll.
Msyrt
Pengurus & Lapor Diri : 10.00 pagi
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan
untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 dari sekolah tuan yang
terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah
ditetapkan. Pihak
tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti
luar sekolah dipatuhi. Pegawai tuan dibenarkan membuat tuntutan perjalanan pergi
dan balik mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang.
4. Penginapan
dan makanan disediakan kepada pegawai dan pelajar disepanjang kejohanan. Sebarang
pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad
Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508.
Perhatian
dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
sila muat turun surat di bawah;
surat kejohanan sepak takraw msspk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan