Jumaat, 10 Februari 2017

KWAPM

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.



Tuan/Puan,



PELAKSANAAN   PERMOHONAN   BANTUAN    KUMPULAN    WANG   AMANAH PELAJAR   MISKIN  (KWAPM)   BAGI  MURID  DARJAH   1, TINGKATAN 1 DAN PELARASAN DARJAH 2 HINGGA  DARJAH  6 TAHUN 2017 SECARA  ATAS  TALIAN MELALUI APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) -  MODUL KWAPM

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas dan surat kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.800-4/3/10 Jld.21 (35)bertarikh 27 Januari 2017 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pel.Pk (HEM)5128/9/9 Jld.7(24) bertarikh 31 Januari 2017


2.        Seperti pihak tuan/puan sedia maklum, permohonan Bantuan KWAPM tahun 2017 bagi murid  Darjah 1, tingkatan 1 dan pelarasan darjah 2 hingga  Darjah 6 akan dilaksanakan  secara atas talian menggunakan Aplikasi  Pengurusan Bantuan (APB) -  Modul KWAPM. Permohonan secara  atas talian  ini akan dibuka mulai  20 Februari 2017 hingga  13 Mac 2017 menerusi laman sesawang seperti berikut :-



PENGGUNA
LAMAN SESAWANG

Pengetua/Guru Besar,/
Guru KWAPM. 

http://sps1.moe.gov.my   
(Modul Pengurusan Murid)


JPN/PPD 

http://apb1.moe.gov.my
                     

3.       Sehubungan    dengan    itu,    pihak    tuan/puan    adalah    dipohon    untuk memaklumkan   perkara   ini  kepada  Penolong Kanan HEM / Guru Kanan HEM dan penyelaras bantuan Kwapm sekolah   untuk melaksanakan permohonan Bantuan KWAPM bagi murid Darjah 1, Tingkatan 1 dan pelarasan Darjah 2 hingga Darjah 6 secara atas talian berdasarkan  tarikh-tarikh  yang  ditetapkan  di  dalam  Takwim  Pengurusan  APB  - Modul KWAPM seperti di Lampiran  1 dan memastikan pihak sekolah mengadakan mesyuarat  Jawatankuasa   Bantuan  Peringkat  Sekolah  (JBPS)  bagi  memilih  dan memperakukan   murid   yang   layak   untuk   menerima   bantuan   KWAP bagi permohonan di bawah Data Sedia Ada (DSA).

4.       Kerjasama    pihak   tuan/puan   juga    dimohon    untuk   memantau    proses permohonan    sepanjang  tarikh  aplikasi  dibuka  dalam  usaha  meminimakan  kes keciciran dan  memastikan  semua  penyelaras bantuan KWAPM sekolah  mematuhi  tarikh-tarikh  yang telah ditetapkan. Manual Pengguna APB - Modul KWAPM boleh dimuat-turun di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk panduan dan rujukan.


5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 05-3711273/019-5034371.


MUAT TURUN DI BAWAH




Tiada ulasan: