Pengetua,
Sekolah
Menengah Daerah Perak Tengah,
(Seperti
Lampiran).
Tuan,
MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM ANAK ANGKAT BAIDURI 2017 (KOHORT 3)
Dengan segala hormatnya perkara
dirujuk dan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.Pel.Pk (HEM)
5128/5/6 Jld.3 (33) bertarikh 14 Februari 2017 adalah berkaitan.
2. Sukacitanya
dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Badan Amal
dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) akan mengadakan Majlis Perasmian
Program Anak Angkat BAIDURI 2017 pada ketetapan berikut:-
Tarikh :
18 Februari 2017 (SABTU)
Masa :
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat :
Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak
Peserta :
140 murid Tingkatan 5 Seluruh Negeri Perak
3. Sehubungan
itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan murid seperti lampiran 1 dapat menghadiri program
berkenaan. Pihak sekolah diminta untuk menghubungi Pusat Khidmat Dewan Undangan
Negeri untuk tujuan pengangkutan murid ke tempat program. Pihak tuan juga perlu mematuhi SOP, KPM seperti yang berkuatkuasa sekarang
serta mendapat persetujuan ibubapa/ penjaga murid berkenaan.
4. Segala
perbelanjaan makan, minum dan pengangkutan ditanggung oleh pihak penganjur. Sebarang
pertanyaan, sila hubungi Encik Hamshah bin Noraini, Pen. PPD Bimbingan dan
Kaunseling ditalian 05-3711273 / 0193468209.
Sekian. Terima kasih.
Sila Muat Turun Surat :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan