Jumaat, 17 Februari 2017

Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KEJOHANAN KRIKET BAWAH 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  18 Februari, 2017 ( Sabtu )
                        Tempat           :  Padang MDPT Parit
                        Masa               :  8.00 pagi - 5.00 petang
            Bayaran Pendaftaran : RM150.00 (Bayaran untuk bola pertandingan)

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. .

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

Sila muat turun surat di bawah:

Tiada ulasan: