Pengetua,
Sekolah-sekolah
Daerah Perak Tengah.
Tuan,
KEJOHANAN BADMINTON SEKOLAH MENENGAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH
DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan
di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :
Tarikh :
13 hingga 16 Februari 2017 (Isnin - Khamis)
Tempat :
Dewan Besar SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, Bota kanan
Masa :
1.00 petang - 6.00 petang (13 Februari 2017)
2.00 petang - 6.00 petang (14, 15 & 16 Februari
2017)
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan
agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke
kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan
membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.
4. Sebarang
pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD
Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508
Perhatian dan kerjasama
tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
SILA MUAT TURUN LAMPIRAN DI BAWAH:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan