Pengarah, Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – Sekolah Daerah Perak Tengah,
Pejabat Pendidikan Perak Tengah.
Tuan,
TAKLIMAT KATERING SIHAT, KESELAMATAN
MAKANAN DAN PROGRAM BeSS (BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT) DAN PROGRAM KENDIRI
KANTIN/DEWAN MAKAN 2017
Dengan
segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat
Pendidikan Perak Tengah bersama pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan serta
Pegawai Sains (Pemakanan) Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah akan mengadakan
satu taklimat untuk semua penyelaras / guru kantin serta pengusaha
kantin dan dapur asrama sekolah - sekolah di Daerah Perak Tengah. Butiran
taklimat adalah seperti dibawah :
Pengusaha kantin dan Pembekal dapur asrama
Tarikh : 21
Mac 2017(Selasa)
Masa
: 9.00 pg
Tempat :
Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah
Penyelaras / Guru kantin dan dapur asrama
Tarikh : 4
April 2017(Selasa)
Masa
: 2.30 ptg
Tempat :
Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah
3. Kehadiran adalah diwajibkan. Segala
kerjasama dan bantuan akan membantu melancarkan lagi program yang dijalankan.
Jasa baik tuan-puan kami dahulukan dengan penghargaan dan ucapan jutaan terima
kasih.
surat panggilan taklimat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan