Khamis, 9 Mac 2017

surat kejohanan dan pegawai bertugas balapan dan padang

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SEKOLAH RENDAH & MENENGAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH  TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :   13 Mac, 2017 (Isnin) – acara awal
Acara Tukul besi (Terbuka) & Lompat Kijang Bwh 14 tahun
                        Tempat           :  Padang MDPT Parit
                         Masa             :  10.00 pagi
                       
Tarikh             :   14, 15 dan 16 Mac, 2017 (Selasa hingga Khamis)
                        Tempat           :   Padang MRSM, Parit
                        Masa               :   8.00 pagi - 6.00 petang

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.


Tiada ulasan: