SEPERTI SENARAI EDARAN
Tuan,
KEJOHANAN
BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) 2017
Dengan hormatnya saya
merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di
atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :
TARIKH
: 12 MEI- 14 MEI 2017 ( JUMAAT- AHAD )
TEMPAT
: KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA , LENGGONG.
PENDAFTARAN : 12 MEI 2017 10.00 pagi
Keperluan : Cadar, Sarung Bantal, Kelengkapan diri dll.
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan
untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 dari sekolah tuan yang
terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah
ditetapkan. Pihak
tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti
luar sekolah dipatuhi.
4. Penginapan
dan makanan disediakan kepada pegawai dan pelajar disepanjang kejohanan. Sebarang
pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad
Zahadi Bin Sopian di talian 05-371 1273 / 017-5442508.
Perhatian
dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Sila muat turun surat di bawah;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan