Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah
Perak Tengah.
Tuan,
TAKLIMAT PELAKSANAAN UJIAN TID (UJIAN
MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN) DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2017
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat di
atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :
Tarikh : 11 Julai, 2017 ( Selasa )
Tempat :
Bilik Tutorial SK Seri Iskandar
Masa :
2.30 petang
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan
untuk memberi pelepasan tugas kepada Seorang
Guru Pendidikan Jasmani Tahun 6 dan Tingkatan 1 sekolah tuan untuk hadir ke
taklimat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung
dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian
05-371 1273 / 017-544 2508.
Perhatian dan kerjasama
tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan