Halaman

Khamis, 28 Mac 2019

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI DAN SYAIR SEKOLAH- SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019



Semua Pengetua                                                                  
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah            

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Deklamasi  Puisi Dan Syair akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

Tarikh             :  03 April 2019 ( Rabu )       
                        Masa               :  10.30 pagi ( Pendaftaran ) Hakim           
                        Tempat           :  SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah

3.         Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan  tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.Tuan boleh membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling kewangan yang berkuatkuasa sekarang.

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.



Muat Turun

Surat Pertandingan Deklamasi  Puisi Dan Syair

Tiada ulasan:

Catat Ulasan