Halaman

Jumaat, 5 April 2019

LANTIKAN SEBAGAI HAKIM / URUS SETIA PERTANDINGAN KO AKADEMIK – KARNIVAL BAHASA SEKOLAH- SEKOLAH RENDAH ZON PARIT PERAK TAHUN 2019


        Ruj. Kami  : PPD.PET.800-2/4 (     )
        Tarikh        :         April 2019                                                             

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah
(Seperti Lampiran)

Tuan,


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai dari sekolah tuan telah dilantik sebagai URUSETIA / HAKIM Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zon PKG Parit Tahun 2019 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

      Tarikh                         :   09 April 2019 (Selasa)
                        Masa                           :   12.00 petang
                        Tempat                       :   SK Tanjung Belanja, Perak

3.         Sehubungan itu dipohon kerjasama dan jasa baik tuan agar dapat memberikan kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada beliau untuk berada di tempat pertandingan pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.

4.         Bersama ini disertakan senarai urusetia/hakim seperti lampiran. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau Pn. Azlaila Bt Zamzuri  (0196781495) PT Sokongan Bahasa Melayu (SR) dan Pn Norhazlinna Binti Ridzuan (0194101774 )PT Sokongan Bahasa Inggeris (SR) sedia membantu.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,harap maklum.

MUAT TURUN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan