Khamis, 18 April 2019

MESYUARAT PENYELARASAN PEMBINAAN BAKAT TUNAS REMAJA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua                                                                   
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah            

Tuan,


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Bakat Tunas Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah  Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh            :   23 April 2019 ( Selasa )
                        Masa               :   2:30 petang
                        Tempat           :   Bilik Mesyuarat SMK Layang-Layang Kiri ,Perak
                       
Agenda  Mesyuarat

                        1.         Ucapan Pengerusi
                        2.         Ucapan  Wakil PPD
                        3.         Ucapan  Pengerusi Teknik Sokongan Bahasa (SM)
                        4.         Taklimat Pertandingan
                        5.         Kewangan
                        6.         Hal-Hal Lain
                        Pengerusi mesyuarat : Pengetua SMK Layang-Layang Kiri

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273.. Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai didahului dengan ucapan terima kasih.


MUAT TURUN

MESYUARAT  PENYELARASAN PEMBINAAN BAKAT TUNAS REMAJA

Tiada ulasan: