Halaman

Jumaat, 19 April 2019

PEMILIHAN DAN LATIHAN PUSAT KONTINJEN RAGBI BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019


SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

PEMILIHAN DAN LATIHAN PUSAT KONTINJEN RAGBI BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Latihan Pusat di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :   23 hingga 25 April, 2019
                        Tempat             :  Padang SK Seri Cempaka
                        Masa                :  8.00 pagi – 5.00 petang

 3.        Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai tuan dan pelajar seperti Lampiran 1 untuk hadir ke latihan pusat  tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS En. Mohd Shamim b Ariffin di talian
013-361 8470.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.



SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

### SURAT LATIHAN PUSAT RAGBI BWH 12 TAHUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan