Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah
Tuan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Perak Tengah akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 03 April 2019 ( Rabu )
Masa : 02.00 petang ( Pendaftaran )
Tempat : Bilik Al Firuqi, PPD Perak Tengah
3. Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.Tuan boleh membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling kewangan yang berkuatkuasa sekarang.
4. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711273.. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan