Halaman

Rabu, 10 April 2019

PERTANDINGAN KOKURIKULUM AKADEMIK – KARNIVAL BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH ZON PKG BOTA PERAK TAHUN 2019


Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Zon PKG Bota, Perak

Tuan,


Dengan segala hormatnya  merujuk perkara di atas

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Kokurikulum Akademik Karnival Bahasa Sekolah-Sekolah Rendah Zon PKG Bota akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

      Tarikh                         :   17 April 2019 ( Rabu)
                        Masa                           :   12.00 Tengah hari
                        Tempat                       :   SK Layang – Layang Kiri , Perak

3.         Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
           
4.         Pihak tuan/puan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711 273. 

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


MUAT TURUN

SURAT PERTANDINGAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan