Halaman

Khamis, 18 April 2019

PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Semua Pengetua                                                                  
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah            

Tuan,


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh             :  24 April 2019 ( Rabu )       
                        Masa               :  10.30 pagi ( Pendaftaran ) Hakim           
                        Tempat           :  SMK Iskandar Shah, Parit ,Perak

3.         Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan  tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.Tuan boleh membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling kewangan yang berkuatkuasa sekarang.        

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


MUAT TURUN

SURAT PERTANDINGAN PIDATO SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan