Semua Pengetua/ Guru
Besar
Sekolah-Sekolah
Daerah Perak Tengah
Tuan,
Dengan
hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan
Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan menganjurkan Pertandingan Pidato Diraja,
Menulis Esei, Mencipta Sajak bagi Program
Tahunan Menyemai Semangat “Kesetiaan Kepada Raja” Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019
3. Sehubungan
dengan itu , tarikh akhir penghantaran skrip esei dan sajak pada 14 Jun 2019 (Khamis)
ke Pejabat Pendidikan Daerah Perak
Tengah (u.p: Penolong PPD Kokurikulum Akademik) dan salinan “softcopy“ diemailkan kepada yusmahnizam7331@gmail.com manakala tarikh pertandingan pidato akan diberitahu kelak. Kertas konsep dan syarat-syarat
pertandingan boleh dimuat turun dalam portal PPD Perak tengah atau blog http://hemperaktengah.blogspot.my untuk
perhatian dan tindakan pihak tuan.
4. Mohon
jasa baik pihak tuan agar dapat menyebar luas dan menghantar seberapa banyak
penyertaan dalam pertandingan ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik
Yusmahnizam bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan
sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan
ribuan terima kasih.
Muat Turun
SURAT PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA ,MENULIS ESEI DAN MENCIPTA SAJAK BAGI PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT “KESETIAAN KEPADA RAJA”
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA ,MENULIS ESEI DAN MENCIPTA SAJAK
BORANG PENYERTAAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan